- Sekolah ini ditubuhkan oleh Pengurus Ladang Malaya di kawasan perumahan Ladang Malaya atas permintaan ibubapa iaitu pekerja-pekerja ladang ini pada tahun 1948.
- Oleh sebab Ladang Hibernia yang terletak berdekatan dengan ladang ini tidak mempunyai sekolah, mereka meneruskan pendidikan mereka di sini.
- Pada asalnya, bangunan sekolah merupakan sebuah pondok berbumbungkan atap dan terbuka di sekelilingnya menyebabkan tiada perlindungan dari hujan dan panas.
- Pada asalnya, bangunan sekolah merupakan sebuah pondok berbumbungkan atap dan terbuka di sekelilingnya menyebabkan tiada perlindungan dari hujan dan panas.
- Pada tahun 1958, dinding bangunan telah dibina oleh pihak kerajaan.
- Bangunan tersebut tidak dapat menampung bilangan murid pada ketika itu.
- Justeru itu, pada 01.05.1961 hanya darjah 1,2, dan 3 ditempatkan di sekolah ini sementara darjah 4,5, dan 6 telah dipindahkan ke ladang Holyrood yang terletak 2km dari sekolah ini.
- Selepas 14 tahun, disebabkan oleh kekurangan beberapa kemudahan asas, sekolah ini dipindahkan ke kawasan yang ditempatkan sekarang, iaitu jauhnya lebih kurang 200m dari kawasan perumahan ladang ini.
- Bangunan baru dalam keluasan 0.85 ekar telah dibina pada tahun 1972.
- Sebanyak 4 buah bilik darjah telah dibina untuk menampung murid seramai 180 orang.
- Pada tahun 1990 kantin sekolah ini telah dibina dengan mendapat sumbangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Selama.
- Pada tahun 1995, tandas sekolah ini pula dinaik taraf dan sekolah telah dipagari.
- Aktiviti keceriaan dijalankan untuk mewujudkan persekitaran yang menarik.
- Pada tahun 90-an penurunan murid telah berlaku dengan ketara disebabkan oleh penghijraan ibubapa ke bandar.
- Untuk mengatasi masalah ini, guru besar ketika itu telah berusaha dan Berjaya menarik perhatian ibubapa dari ladang berhampiran iaitu Lembah Keluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di sekolah ini.
- Pada tahun 2010, 2 buah bilik darjah, sebuah kantin dan sebuah bilik stor telah dibina.
- Pada tahun 2017, Pagar berdinding dihadapan sekolah dibina.
- Pada tahun 2019 tandas sekolah telah dinaiktaraf, membaiki tangki air yang rosak, menggantikan semua pintu tandas yang rosak, memasang mozek pada dinding dan lantai tandas, menggantikan semua mangkuk tandas yang rosak.
- Pada tahun 2020 Siling sekolah yang rosak telah digantikan dengan Siling yang baru dan dicat.
- 2020 Menyelenggara dan menaiktaraf Pemagaran Sekolah (5ft X 488ft), Penyelenggaraan tapak perhimpunan (28ft X 31ft), pentas bermozek (12ft X 7ft), tapak bendera bermozek. Penyelenggaraan kakilima (96ft X 5ft), longkang dan penutup besi longkang (96ft) dan kerja berkaitan. Membina pentas untuk memudahkan persembahan murid. Memasang laluan berbumbung dari Blok A ke Kantin (22ft X 10ft).
- 2021 Menyelenggara dan menaiktaraf Bilik guru, Bilik Sains, Pejabat dan Bilik Guru Besar. Kerja-kerja penyelenggaraan Pendawaian elektrik dijalankan. Semua lampu dan kipas telah digantikan dengan baru.